Senarai Blog Saya

Senarai Blog Saya

Isnin, 2 Mac 2015

Lama X Update Blog.

Sibuk beratkins sampai terabai blog..hihi


Salam semua..


Sihat ke kamu kamu ni semua??hahaha..nyibuk pulak teman ni ye..kiki..ok skrg i nk citer la skit perkmbangan i beratkins dlm masa 2 bln nie..alhamdulillah i da berjaya lost 12 kg sepnjg ber DA ... (tepuk tgn skit !!!bravo,bravo)..

Bln jan 2015 lost 8kg
Bln feb 2015 lost 4kg

Now i masih teruskn DA coz masih jauh lg nk cpai target..hwaitingggg !! (Smgt msih berkobar2 nie ha..hehe..)

Ok la..i just shre perkmbgan lmk i yg smkin menguncup nie jerrr..hahaha..truskn berDA ye...

NOTE:

  Usaha Tangga Kejayaan..Jgn Putus Asa..GO GO GO !!!

Jumaat, 23 Januari 2015

Diet Atkins..


Hai,hai,hai..
tengah mata dok segar ni,mai aku nk bgtau kat korang info tentang Atkins..hihi..kita saling berkongsi la ye..(aku pun bknnya pndai sgt jd aku hnya nk kongsi la apa yg aku baca..hehe)bg sesiapa yg baru nk try program ni lbih baik gi khatam dulu syarat,peraturan dan pantang larang atkins ni..sbb kena baca dan paham konsep baru la best nk jd atkiner ..(aishhh,mengarah pulak aku ni ye !!kikiki..xsdar pulak yg aku pun baru je dlm program ni..hahaha..maap lh ye..)

Okey,okey..biar aku share tentang atkins kat korang k,,wajib tau orite !!,
Baca jgn x baca pulak ye.. 😆😆😆

Apa Itu DIET ATKINS...???


DIET ATKINS

" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.


Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.


Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.


Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.


Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:


Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.


Diet Atkins 'mempunyai empat tahap induksi rancangan karbohidrat, penurunan berat badan yang sedang berlangsung, pra-rawatan dan penjagaan seumur hidup. Dengan bantuan dari empat tahap, anda boleh mengurangkan serta menjaga berat badan anda sepanjang hidup anda

#copy paste

paham ke tidak??kalo xpaham baca2 la selalu ye..hehe

Ok la,ckup sampai di cni bebelan aku..now mata da sepet & merayu suruh pejam..haha !
menakutkn pulak ayat penghabisan ni..kuikuikui..k la,babaiiiii

salam.

Khamis, 22 Januari 2015

Resepi Tengahari (atkins)


Selamat petang semua..terasa nk shre pulak 1 menu utk lunch time ni..nmpk x?nmpk x yg aku sedang rajin dan baik hati masa ni..kikiki..(agak mengada d situ nok !!! Hehe..)

Ok la,resepi ni sebenarnya mudah je..korg msti boleh buat la..yg penting RENDAH CARB ,sedap dan sihat..hihi..okey2..Jom intai2 bhn2 nk buat sup ni..bhn dia xbyk pn,aku gerenti korg akan suka menu ni..tp kalau ada yg xsuka xpayah nk try2 k.!!!(acah je tu..hahaha)


Sup Ikan Merah

Bahan2nya:

Ikan merah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sos ikan a.k.a nampla
Kubis bunga
Cili padi
Air
Garam


Cara2nya:

1.Panaskn periuk.
2.Tuang sdikit myk ke dlmnya.
3.Tumis hirisan bwg merah bersama bwg putih & halia yg ditumbuk sehingga naik bau.
4.Masukkn air,nampla & garam secukupnya.
5.Masukkn ikan, kubis bunga & cili padi.Biar sehingga ikan & syur msk.
6.Tutup api.Siap utk di hidang.





Nota:

 Sedap di nikmati ketika sup masih panas..


Selamat mencuba..

Ketosis & Kurus..

Ketosis..


Hari tu aku ada sebut pasal ketosis kn so hari ni aku nk shre ngn korg..hihi
Sebenarnya aku hampir terlupa la..huhu..so korg baca la ye.ni pn aku ciplak dr bicikut diet..hehe..mohon shre ye at blog aku ni..tq..

KETOSIS DAN KURUS, apa kena mengena?


Kenape cerite lagi? sebab dah dijelaskan dalam bab 1 http://www.taknakgemuk.com/2010/01/bermulenye-satu-penurunan-berat-badan.html tapi masih ade yang tak faham...
selalu sangat aku cakap,menjerit atau menyanyi,bile kite dalam keadaan ketosis,baru lah badan kite berade dalam keadaan yang betul untuk diet...

jadi,nak berjaye dalam atkins kene berade dalam keadaan ketosis,tapi ape tuh ketosis?
aku cube mudahkan bagi korang semua senang faham ok?

KETOSIS adelah 1 proses dimane badan menggunekan LEMAK sebagai punca tenaga...asalnye badan kite menggunekan CARBOHYDRATES....

Bayangkan keadaan ni, kite sekarang ni gemuk...kenape gemuk? sebab banyak lemak dalam badan..nak kurus macam mane?mestilah dengan hilangkan lemak? macam mane nak buat tu kalau badan kite menggunekan CARBOHYDRATES sebagai punca tenaga...hanye CARBOHYDRATES yang akan dibakar dan lemak akan terbiar macam tuh saje..

Sebab tuh kite tukar badan kite drpd menggunekan CARBOHYDRATES sebagai tenage menjadi LEMAK sebagai tenage...jadi,tu la ketosis...bile kandungan CARBOHYDRATES kite rendah,badan akan mengesan kekurangan CARBOHYDRATES dan badan akan membakar LEMAK sebagai punca tenage.

aku ade tgk dalam national geographic atau discovery channel hari tu ,die cakap,lemak bukan dibakar,tapi mengecut..mungkin aku yang salah faham?

So,kene lah ikut rancangan makanan yang ade dalam bab 1 http://www.taknakgemuk.com/2010/01/bermulenye-satu-penurunan-berat-badan.html  iaitu pengambilan CARBOHYDRATES 20g saje sehari...then baru la dapat melalui proses ketosis...

sumber : http://www.taknakgemuk.com/2010/10/bab-29.html

#korang kalo nk tau lebih lanjut korang type je web yg ada dlm info ni k..
ni kira aku ciplak 100% ni..haha


NOTA:
Ketosis terjadi berbeza2 k..walaupn xsma tp tetap terjd kpda diri kita yg mengamalkn cara diet yg btul..INGAT 20g sehari je tau !!!


Rabu, 21 Januari 2015

EGG CHEESE BURGER...Resepi Atkins..

Resepi Sarapan 😊😊😊


Okey,okey..tetiba aku rasa nk share dgn korang semua antara menu faveret aku lately ni..hahaha..mai la tengok2 apa yg aku suka mkn waktu sarapan.

Jeng jeng jeng ! ! !

Bahan2nya :

Telur 2bj
Keju 1 keping
Daun salad 1 helai
Seaweed 1 keping kecil
Mayo KEWPIE secukupnya
Lada hitam bj secubit (ditumbuk kasar)

Cara2nya :

-Telur di goreng
-Letakkn keju.
-Hiasi dgn seaweed & daun salad.
-Sapukan mayo kewpie secukupnya.
-Taburkn secubit lada hitam.
-Kemudian letak kn telur goreng yg kedua.
-Siap utk di nikmati.

Tadaaaa..Inilah hasilnya..nmpk x keju yg meleleh tu ???sedap weiii lyn perut dgn menu ni..kikiki..

Egg Cheese Burger



SELAMAT MENCUBA..

NOTA:
Sarapan amat penting dalam DIET harian kita..jd mkn lah..

Sekian,tq..next time aku update lg menu2 atkins yg mudah2 tp sedap,lazat & nikmat..hahaha..k la,babaiiii !

Menu Sepanjang minggu induction..

Menu 3 HARI 1st week atkins^^^


Hari Pertama (29.12.2014)

SARAPAN  Telur dadar 2 bj 

TENGAHARI Ikan goreng 2 ekor + Sayur sawi tumis

MALAM Ayam goreng 1 ketul + Sayur sawi tumis


Hari Kedua (30.12.2014)

SARAPAN  Telur goreng 2 bj
TENGAHARI Sup ayam + sayur sawi goreng
MALAM Sup ayam semangkuk

Hari Ketiga (31.12.2014)

SARAPAN Telur hancur
TENGAHARI Ayam goreng kunyit + 1/4 Telur Dadar
MALAM Sup sayur + Telur

NOTA: Pengambilan AIR YG BYK di sarankan dlm ATKINS..

Selasa, 20 Januari 2015

Aku pengamal Atkins yg baru..

Fasa Baru Bermula..

Assalamualaikum & slmt pagi smua..Ok,,pg ni aku nk bgtau yg aku skrg dlm proses induction..mggu pertama terasa menggigil 1 bdn..tp nsib la aku ni jenis suka minum air msk byk2..hihi..jd xjd hal la kalo xmnum manis2 ni..(cewah,berlagak pnye ayat..huhu)

Okey,okey mood serius pulak k..

#Bemulanya induction aku pd 29 disember 2014..2,3 hari mggu pertama atkins aku mula mengalami ketosis..Berpeluh ni jgn ckp la,dah mcm masuk maraton ha..kikiki..tu bru jln2 dr dpur ke ruang tamu..kalau aku snaman mcm atkiners lain agknya peluh yg lekat kt bju tu boleh perah2 dlm baldi..ckup sehari nmpk hsil peluh yg keluar tuk hari tu sj..hahaha..melampau x perumpamaan aku ni???hehe..sj buat joke la.
Tp SAYANG aku xtau brpa berat aku sblum aku diet..jd mggu pertama xtau la trun or x berat aku.hmmmm..(mood sdih..sob sob sob)
Di sebabkan itu jd aku pn dah tau berat semasa aku..berat aku bia la rahsia..kikiki..sj nk main sorok2 ngn korang..hehe..

K la,perkembangan pertama kali tgok berat trun akn aku update kemudian ye..

TQ sbb membaca..SEKIAN..

NOTA:
       Hidup sihat akan buat kita lebih SEMPURNA,
Beri lah PENGHARGAAN kpd DIRI SENDIRI..